Tonton drama Cinta Sekali yang akan bersiaran pada 4 November ini di slot Akasia
TV3, Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Ditayangkan selama 28 episod, drama ini
diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan arahan Pali Yahya serta skrip
ciptaan Nieza Nahar.
Para Pelakon
Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz,
Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman,
Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa
Watak Lakonan
Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani
Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya
Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi
Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani
(Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan
Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani
sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.
Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia
mempunyai masalah dengan Fahad Iman (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu
Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah
dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak
berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi
impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.
Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu Amani perlu
menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang
sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat
dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua
Mukhlis.
Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain),
rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat
apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah
bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja.
Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar
Amanda untuk Fahad.
Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga
Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup
senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa.
Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh
kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.
Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan
berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani
cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia
menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan
Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di
bawah jagaan Fahad dan Amanda.
Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas
kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya
dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar?
Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada
Amanda?
Gambar Pelakon
Post Berkaitan