Akan datang di slot Samarinda TV3, drama Beri Sedikit Waktu lakonan
Aqasha dan Zara Zya. Bersiaran selama 15 episod, setiap hari Isnin hingga Khamis
jam 10 malam.
Drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, idea asal Insheera Nordan, skrip nukilan
Sharifah Abu Saleem bersama Insheera dan merupakan terbitan syarikat Suhan
Movies & Trading.
Para Pelakon
Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia,
Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir.
Zara Zya sebagai Hananiah
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran
Aryana Amani sebagai Sofea
Watak Lakonan
Aqasha sebagai ImranZara Zya sebagai Hananiah
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran
Aryana Amani sebagai Sofea
Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu
Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara
Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang
tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup
bersama dengan Niya.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah
dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman.
Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak
benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang
Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu.
Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas
diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang
tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga
dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak
seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu),
kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah
Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan
kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal,
Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari
majikannya.
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang
cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu
yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan
panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu
dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada
pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu
bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah
mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta
daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga
sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil
inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan
Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk
kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta
duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan
berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga
memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya.
Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit
tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan
kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati
yang terbuka?

