Saksikan drama Assalamualaikum Mustafa yang akan ditayangkan di TV9
bermula 5 Mei 2021, 13 episod setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam.
Arahan Fairuz Loy, skrip Mufid Suhaimi dan Country & Universal Sdn Bhd.
Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan
di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan
Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila
mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama
kali.
Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula
terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali.
Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman
tidak seperti dia yang datang dari bandar. Amar sentiasa melihat Atok Budin
bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah
suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya.
Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi
semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah
ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa. Mustafa
seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk
berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa?
Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?
Para Pelakon
Adib Haziem, Kazar Saisi, Rozita Che Wan, Mawar Rashid, Aryana Amani, Aireen Embun, Aryan, Eilman Irsyad.Sinopsis Drama Assalamualaikum Mustafa
Mengisahkan tentang seekor kambing peliharaan Atok Budin (Kazar). Atok Budin terpaksa menjual kesemua kambing peliharaannya kecuali Mustafa, kerana kambingnya sering merosakkan tanaman orang-orang kampung. Amar (Adib Haziem) dan ibunya Aishah (Rozita Che Wan), anak kepada Atok Budin terpaksa berpindah ke kampung halaman iaitu Kampung Imam Lapar setelah kematian ayahnya Shauki. Aishah sangat berharap agar Amar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung.Post Menarik
Loading...


