Drama terbaru di slot Kisah Rumah Tangga minggu ini bertajuk
Azan Rumah Abah. Seperti biasa ada 5 episod, bermula 10 Mei, Isnin hingga
Jumaat jam 7 malam di Astro Ria.
Produksi Radius One Sdn Bhd, idea asal Shahrulezad Mohameddin, arahan Uchee
Fukada. Juga boleh ditonton di Astro Go, On Demand dan Ultra Box.
Episod 1 - Pelaburan emas yang diuruskan Kalif dan Kaifa mengalami masalah dan
mereka perlu membayar gantirugi pelanggan. Takut dipukul pelanggan, mereka ambil
keputusan untuk pulang ke kampung bersama isteri mereka.
Episod 2 - Kalif dan Kaifa tertekan terpaksa hidup dengan cara Haji Umar yang
warak kerana mahu mereka solat dan beramal ibadah secara berjemaah. Hajat mereka
untuk tinggalkan kampung terbatal apabila Asrul muncul.
Episod 3 - Kaifa dan Kalif makin tertekan bila cara hidup ayah mereka mendapat
respon positif daripada Asrul. Kaifa juga mula bertengkar dengan Sufiah dan
menuduh Sufiah cuba menggantikan tempat arwah ibu mereka.
Episod 4 - Hubungan Kaifa dan Julia semakin keruh apabila Julia berani melawan
dan lebih bertegas meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila Kaifa bertelagah
dengan Haji Umar hingga menyebabkan Haji Umar jatuh pengsan
Episod 5 - Kaifa dan Kalif takut kehilangan ayahnya membuatkan mereka berubah.
Hubungan keluarga mereka mula pulih tetapi tidak lama apabila Kalif kemalangan
ketika menghantar Hana yang hendak bersalin di Hospital
Drama Azan Rumah Abah lakonan Faizal Hussein, Hafreez Adam dan Dato Rahim Razali di Astro Ria
Oleh Kamal Bahrin
11 Mei 2021
