Drama Perempuan Tidak Ternikah, adaptasi e-novel terkenal karya Bunga Emmly, bakal menemui penonton mulai 17 Disember 2025 menerusi slot Akasia TV3. Selepas tayangan drama Sumpah Ibuku berakhir.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Siti Elizad dan Ali Reza, drama 15 episod ini mengangkat kisah perjuangan seorang wanita yang dihancurkan oleh pengkhianatan tetapi bangkit dengan kekuatan baharu. Sentuhan arahan Eoon Shuhaini serta jalan cerita penuh emosi menjadikan drama ini antara naskhah yang paling dinantikan hujung tahun ini.
Info Perempuan Tidak Ternikah
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: 17 Disember 2025
- Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
- Penulis Skrip: Bunga Emmly & Tommy Loh
- Pengarah: Eoon Shuhaini
- Produksi: Sha's Media Sdn Bhd
Pelakon
- Siti Elizad Sharifuddin sebagai Keisha / Riana
- Ali Reza sebagai Adli
- Shahz Jaszle
- Yusuf Bahrin
- Raden Zaharatul
- Apich Lo sebagai Ustaz Radhi
- Kazar Saisi sebagai Malik
- Laila Nasir sebagai Datin Rose
- Anne Abdullah sebagai Datin Marissa
- Sharifah Shahora
- Rahhim Omar
- Dalimawati
Sinopsis Perempuan Tidak Ternikah
Keisya pernah mempunyai segalanya: cinta, masa depan dan harapan sebagai bakal seorang ibu. Namun ketika dirinya sarat mengandung, dia ditinggalkan dalam keadaan paling memilukan. Pengkhianatan demi pengkhianatan datang bukan sahaja daripada lelaki yang dipercayai, tetapi juga daripada mereka yang sepatutnya menjadi pelindung. Keperitan itu memuncak apabila Keisya kehilangan bayi yang baru dilahirkan, meragut terus sinar hidupnya.
Tahun-tahun berikutnya mengubah Keisya menjadi wanita yang terkurung dalam gelaran hina “Perempuan Tak Ternikahi”. Dia hidup dalam bayang-bayang trauma, dihimpit rasa tidak layak dan dihanyutkan rasa bersalah yang bukan miliknya. Namun segalanya berubah apabila kemunculan Ringgo membuka pintu baharu. Sedikit demi sedikit, Keisya bangkit semula, membina kekuatan untuk hidup sebagai Riana — wanita yang tidak lagi ingin dibelenggu masa lampau.
Tetapi bayang hitam itu tidak pernah hilang. Luka lama kembali mengalir, memaksa Riana berdepan dengan masa silam yang dirasakan telah memusnahkannya. Dendam yang lama dipendam akhirnya meledak. Satu persatu individu yang pernah menghancurkan hidupnya akhirnya perlu membayar harga kesalahan mereka — walau dengan air mata, darah, atau nyawa.
Kenapa Anda Perlu Tonton Perempuan Tidak Ternikah?
- Adaptasi novel viral – Novel asal memiliki pengikut setia, dan drama ini mengekalkan aura gelap, emosi dan konflik intensnya.
- Lakonan mantap Siti Elizad – Watak Keisya/Riana menuntut emosi kompleks; skrip memberi ruang besar untuk persembahan yang mendalam.
- Konflik keluarga dan pengkhianatan – Sarat plot mendebarkan dengan twist yang membuat penonton ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.
- Visual dan arah kreatif berkualiti – Eoon Shuhaini terkenal dengan gaya pengarahan dramatik yang kuat dan kemas.
- Drama emosi penuh pembelaan – Kisah bangkit dari trauma dan perjuangan seorang wanita melawan ketidakadilan.
- Durasi 15 episod – Padat, cepat dan tidak meleret, sesuai untuk penonton yang suka naskhah intens dan fokus.
