Minggu 8 Gegar Vaganza 2025: Keputusan & Ulasan Persembahan Peserta

Minggu 8 Gegar Vaganza 2025 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila para peserta tampil dengan persembahan yang lebih berani, mencabar vokal serta emosi penonton. Konsert minggu kelapan yang berlangsung pada malam ini terus menjadi tumpuan peminat setia program realiti popular ini.

Dengan baki peserta yang semakin berkurang, setiap persembahan pada minggu ini menjadi penentu penting untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Nabil dan Sherry

Keputusan Gegar Vaganza 2025 Minggu 8

Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2025 yang berlangsung dengan tema “Fun Fair Tok Ram” menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan peserta. Berikut ialah keputusan kedudukan rasmi peserta berdasarkan persembahan malam ini dan tugasan lagu mereka minggu depan:

  1. Iskandar Ismail – 74.50%  - RM5,000 Anugerah ADABI, ada Beats
    Luka Seribu Rindu (Fotograf)
  2. Mendua – 72.75% 
    Kol Mil Gaya
  3. Nubhan – 71.50%
    Bukan Lagi Kita (Nadeera)
  4. Freshies – 66.00%
    Kitalah Bintang (Ella)
  5. Mell Sakura – 65.00%
    Rolling In The Deep (Adele)
  6. Mark Adam – 64.75%
    Rindu Serindu Rindunya (Spoon)
  7. Ruri Repvblik – 62.25%
    Better Man (Robbie Williams)
  8. Shae – 56.50%
    Toxic (Britney Spears)
  9. Krisya – 56.50%
    Hening Rindu (Marsha Milan)

Tiada penyingkiran diumumkan pada konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2025, sekali gus memberi kelegaan kepada semua peserta yang masih bertahan untuk mara ke minggu seterusnya.

Tema Minggu 8 Gegar Vaganza 2025

Untuk minggu kelapan, peserta Gegar Vaganza 2025 tampil dengan tema unik bertajuk “Fun Fair Tok Ram”. Tema ini menuntut peserta membawakan lagu-lagu berunsur hiburan, nostalgia dan berkarakter, sekali gus menguji kreativiti, keberanian serta penguasaan pentas masing-masing.

Sebagai perbandingan, tema minggu sebelumnya ialah “Mixtape” yang menekankan kepelbagaian genre dan susunan lagu pilihan peserta.

Senarai Persembahan Peserta Minggu 8

Berikut ialah senarai peserta bersama lagu yang dipersembahkan pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 2025:

  1. Mendua – Nessun Dorma (Luciano Pavarotti)
  2. Mark Adam – Cari Tapak (Senario)
  3. Nubhan – Cicak (Cikgu Naim)
  4. Iskandar Ismail – Golimar (S. P. Balasubrahmanyam)
  5. Shae – Stecu Stecu (Faris Adam)
  6. Krisya – Makan (Jalil Hamid)
  7. Ruri Repvblik – La Obe (Kassim Selamat & The Swallows)
  8. Mell Sakura – Calcuta (Taxi Taxi Taxi) (Dr. Bombay)
  9. Freshies – Tupai (Halim Yazid)

Ulasan Juri Minggu 8 Gegar Vaganza 2025

Barisan juri tetap Gegar Vaganza 2025 tampil memberikan ulasan yang jujur dan membina terhadap setiap persembahan. Ada peserta yang menerima pujian atas peningkatan ketara, manakala ada juga yang ditegur dari aspek teknik vokal, kawalan pernafasan dan penghayatan lagu.

Freshies – Tupai

Persembahan Freshies dilihat sebagai satu usaha untuk keluar daripada zon selesa. Walaupun masih ada kekangan dari segi karakter muzik, pembukaan persembahan yang lebih terbuka dan berani menunjukkan perkembangan positif berbanding minggu-minggu awal.

Datuk Ramli M.S: Sengaja di beri supaya buka minda sebab akan ada genre-genre yang susah dan perserta makin berkirang, jadi kamu kena faham apa itu muzik dan ia ada banyak karakter. Yang ini lepas. Kalau tujuh minggu keras macam kayu tapi saya gembira dengan pembukaan.

Freshies – Tupai

Krisya – Makan

Krisya berjaya menghiburkan penonton dengan pembawaan lagu yang santai, namun masih perlu lebih berani menukar karakter suara agar sesuai dengan tema lagu berunsur hiburan seperti ini.

Hetty Koes Endang: Cukup menghibur. Sebagai penyanyi bila ada tema begini kita kena mengubah karakter kita. Kita kena baca lirik untuk kita tahu karakter lagu itu. Untuk kamu saya cukup terhibur tapi kena ubah karakter jika dapat lagu begini.

Krisya – Makan

Ruri Repvblik – La Obe

Ruri menunjukkan peningkatan dari segi interaksi pentas dan keyakinan. Namun begitu, penghayatan maksud lagu masih boleh diperkemaskan agar emosi lagu benar-benar sampai kepada penonton.

Datuk Syafinaz Selamat: Nampak seronok, adakah lagu ini melekat di jiwa? Saya nampak awak seronok di pentas. Saya nampak perubahan itu, awak ada interaksi dengan penonton. Awak kena tahu maksud disebalik lagu itu.

Ruri Repvblik – La Obe

Nubhan – Cicak

Nubhan berjaya mempamerkan transformasi ketara dengan meninggalkan gaya balada dan menyesuaikan diri dengan lagu berkarakter santai. Keberanian ini memberi nafas baharu kepada persembahannya.

Datuk Ramli M.S: Tak tahu sebut betul ke tidak tapi yang penting karakter. Tapi bila dapat lagu macam ni tinggalkan teknik nyanyi lagu balada. Kena ubah dari segi nyanyian. Saya suka kerja keras kamu, ia sangat berbeza dengan tujuh minggu lepas. Dapat lagu macam ni lupakan apa yang nyanyi balada semua tu.

Nubhan – Cicak

Shae – Stecu Stecu

Shae berjaya menghiburkan penonton dengan gaya bersahaja, namun masih perlu lebih fokus terhadap kawalan vokal agar kemerduan suara tidak tenggelam dengan karakter lagu.

Hetty Koes Endang: Saya terhibur, tapi saya masih mencari suara kamu. Boleh main-main tapi kena hati-hati sebab ada part yang sharp.

Datuk Syafinaz Selamat: Hari ni saya masih boleh mendegar kemerduan kamu, saya harap kamu boleh fokus pada nyanyian sebab merdu kita boleh dengar. Boleh ada karakter tapi kena ada merdu juga dalam nyanyian kamu.

Shae – Stecu Stecu

Mell Sakura – Calcutta (Taxi Taxi Taxi)

Mell Sakura tampil selesa dengan vokal yang stabil, namun penggunaan prop dan variasi warna suara boleh dimanfaatkan dengan lebih berkesan untuk menguatkan keseluruhan persembahan.

Datuk Syafinaz Selamat: Saya harap awak boleh guna lebih sikit prop itu, sebab kalau ada disitu tak guna ia macam rugi. Saya rasa untuk vokal kamu nampak selesa untuk lagu ini. Saya rasa ada bahagian dalam lagu ini ada yang awak boleh warnakan.

Mell Sakura – Calcutta (Taxi Taxi Taxi)

Mendua – Nessun Dorma

Mendua mencipta momen kemuncak malam ini dengan persembahan luar biasa. Keberanian memilih lagu berteknik tinggi membuktikan kesungguhan dan kualiti vokal yang sukar ditandingi peserta lain.

Hetty Koes Endang: Saya rasa tidak adil sebab lagu Mendua susah sekali. Range lagu ini sangat lebar. Saya memberi fokus kepada nyanyian kamu bertiga menunggu salah tapi kamu berjaya. Ini adalah contoh untuk semua peserta untuk berikan terbaik dalam setiap persembahan. Gebrekkkk.

Datuk Syafinaz Selamat: Betul lagu ni sangat-sangat susah untuk seorang tanor nyanyikan dan berbeza dengan lagu orang lain. Saya rasa ini satu percubaan yang sangat baik daripada anda bertiga.

Mendua – Nessun Dorma

Iskandar Ismail – Golimar

Iskandar Ismail menyerlah dengan persembahan bertenaga dan penuh keyakinan. Hafalan lirik yang mantap membolehkannya fokus sepenuhnya kepada persembahan pentas, menjadikan persembahan ini antara paling menghiburkan malam ini.

Datuk Syafinaz Selamat: Cabaran lagu ini adalah sebutan tapi awak tak tengok pun prompter. Jadi nampak semangat yang awak nak buat yang terbaik.

Persembahan ini nampak berjalan dengan lancar, bila awak hafal lirik nampak persembahan senang sebab awak fokus pada persembahan sahaja. Dan wow awak boleh menari, saya nampak pergerakkan awak sangat natural. Saya terhibur dengan persembahan awak.

Iskandar Ismail – Golimar

Mark Adam – Cari Tapak

Mark Adam tampil bergaya dan jelas membuat persediaan rapi, namun kesilapan lirik sedikit menjejaskan kelancaran persembahan yang sepatutnya lebih kemas.

Datuk Ramli M.S: Bila you masuk tadi sangat Stylo dan saya nampak apa yang anda buat itu tadi anda betul-betul berlatih, cuma lirik itu susah dan ada salah.

Mark Adam – Cari Tapak

Cara Tonton Gegar Vaganza 2025

Gegar Vaganza 2025 disiarkan secara langsung:

  • Astro Ria
  • Astro GO
  • Sooka

Setiap Ahad, jam 9.00 malam.

FAQ

Apakah keputusan Gegar Vaganza 2025 Minggu 8?
Keputusan Gegar Vaganza 2025 Minggu 8 merangkumi kedudukan markah semua peserta, peserta dengan markah tertinggi serta peserta yang berada di kedudukan terbawah. Keputusan rasmi diumumkan pada penghujung konsert dan akan dikemas kini di InfoBergetar sebaik siaran tamat.
Siapakah peserta tersingkir Gegar Vaganza 2025 Minggu 8?
Peserta yang tersingkir pada Minggu 8 Gegar Vaganza 2025 akan diumumkan secara rasmi semasa konsert berlangsung. Info penuh termasuk nama peserta dan markah akan dikemas kini selepas pengumuman dibuat.
Siapa dapat markah tertinggi Gegar Vaganza 2025 Minggu 8?
Peserta yang menerima markah tertinggi Minggu 8 Gegar Vaganza 2025 ditentukan berdasarkan penilaian juri profesional. Keputusan markah penuh akan dipaparkan sebaik konsert berakhir.
Apakah komen dan ulasan juri Gegar Vaganza 2025 Minggu 8?
Ulasan juri Gegar Vaganza 2025 Minggu 8 merangkumi aspek vokal, penghayatan lagu, persembahan pentas serta keunikan peserta. Komen lengkap setiap juri akan dikemas kini dalam artikel ini.
Pukul berapa keputusan Gegar Vaganza 2025 Minggu 8 diumumkan?
Keputusan Gegar Vaganza 2025 Minggu 8 biasanya diumumkan pada penghujung rancangan sekitar jam 11.00 malam, bergantung kepada durasi konsert.
Di mana boleh tonton Gegar Vaganza 2025 secara langsung?
Gegar Vaganza 2025 disiarkan secara langsung di Astro Ria, Astro GO dan Sooka setiap Ahad jam 9.00 malam.

Post Berkaitan