Telefilem Mentari lakonan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson

Telefilem Mentari merupakan terbitan syarikat Suhan Movies & Trading. Arahan pengarah Rashid Sibir. Bakal ditayangkan pada malam raya, Khamis, 14 Jun 2018, jam 10 malam di TV3.

telefilem mentari tv3

Para Pelakon

Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra.

Tonton Online

Sinopsis Telefilem Mentari

Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. 

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. 

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal. 

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.

Post Berkaitan