Tonton drama rantaian adaptasi dari novel Alergi Mamat Romantik karya Ezza Mysara. Drama ini bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti selama 20 episod.
Terbitan Country and Universal Sdn Bhd, skrip Sofia Rhyland dan arahan Harris Fadzillah.
Tonton episod penuh di sini
Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.
Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya.
Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.


