Mencari Isteri Sempurna (2026) – Slot Tiara Astro Prima, Pelakon & Sinopsis

Drama bersiri Mencari Isteri Sempurna bakal mengisi slot Tiara bermula 9 Februari 2026, disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (105). Selain itu, penonton juga boleh menstrim drama ini menerusi Astro GO dan sooka.

Drama arahan Hadith Omar ini menampilkan gandingan mantap seperti Redza Rosli, Zara Zya, Sherry Ibrahim, Cahaya Nilam dan Yusuf Bahrin serta barisan pelakon hebat lain.

Mencari Isteri Sempurna (2026)

Info Drama

  • Judul: Mencari Isteri Sempurna
  • Episod: 60
  • Tarikh Tayangan: 9 Februari 2026
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6:00 petang
  • Saluran: Astro Prima (105)
  • Platform Penstriman: Astro GO, sooka
  • Penulis Skrip: Script Factory Studio
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Produksi: iFAME

Watak & Barisan Pelakon

  • Redza Rosli sebagai Reza
  • Zara Zya sebagai Zara
  • Yusuf Bahrin sebagai Afkar
  • Sherry Ibrahim sebagai Syifa Unita
  • Cahaya Nilam sebagai Ayu Fatimah
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
  • Rusdi Ramli sebagai Hussein
  • Wan Raja sebagai Lukman
  • Husna Mustaffa sebagai Ria
  • Nafiez Zaidi sebagai Rafi
  • Khaty Azian sebagai Halimah
  • Sahronizam Noor sebagai Karim
  • Badron Munirah sebagai Rizki
  • Adam Qayyum sebagai Azim
  • Aaron Khalish sebagai Irsyad
  • Azleynaa sebagai Syirah
  • Ridauddin Shafir sebagai Pak Rosli
  • Jihaa Sham sebagai Khadijah

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Mahal
  • Penyanyi: Idayu & Iskandar Ismail
  • Komposer: Farouk Roman
  • Lirik: Adrianna Cinta

Sinopsis Mencari Isteri Sempurna

Mengisahkan tentang Ustaz Reza, seorang lelaki daripada keluarga yang kelihatan sempurna. Dia berusaha mencari calon isteri yang menepati ciri-ciri “sempurna” menurut pandangannya sendiri. Namun tanpa disedari, perjalanan pencariannya itu membawa dirinya jauh tersasar daripada kesempurnaan yang diimpikan.

Pencarian tersebut menemukan Reza dengan beberapa wanita yang berbeza latar dan keperibadian — Syifa, seorang wanita lebih berusia dan mempunyai anak; Zara, gadis bijak tetapi lantang dan tajam kata-kata; serta Ayu, seorang gadis 20-an yang kuat memberontak.

Siapakah sebenarnya wanita yang benar-benar “sempurna” untuk Reza? Atau mungkin makna kesempurnaan itu sendiri perlu ditafsirkan semula?

FAQ

Bilakah drama Mencari Isteri Sempurna mula ditayangkan?
Drama ini mula disiarkan pada 9 Februari 2026.
Berapa episod keseluruhan drama ini?
Sebanyak 60 episod.
Di mana boleh menonton Mencari Isteri Sempurna?
Anda boleh menontonnya di Astro Prima (saluran 105) atau strim melalui Astro GO dan sooka.

Post Berkaitan