Program realiti nyanyian nombor satu tanah air, Gegar Vaganza kini memasuki Minggu ke-9 dengan persaingan yang semakin sengit dan mendebarkan. Setiap persembahan malam ini menjadi penentu penting untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Minggu ini menyaksikan barisan peserta mempertaruhkan lagu-lagu beremosi tinggi dan mencabar dari segi vokal, sekaligus menguji konsistensi serta kekuatan persembahan mereka.
Keputusan Gegar Vaganza Minggu 9
Dalam segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ sebentar tadi, suasana semakin hangat apabila tema rasmi untuk minggu hadapan diumumkan iaitu ‘KengkaFriends’. Disusuli dengan lagu-lagu yang bakal dibawakan oleh peserta yang berjaya melangkah ke pentas Suku Akhir minggu depan.
Lagu Hos
Sherry - Rindu (Hetty Koes Endang)
Nabil - Lobang Korek (Hang Mokhtar)
Kedudukan Peserta
-
Nubhan - 74.50 %
Masih Aku Terasa (Gersang) - Anugerah ADABI, Ada BEATS Rm5,000 -
Mark Adam - 73.50%
Mengapa Perpihan Kau Pinta (The Flybaits) - Iskandar Ismail - 67.50%
Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza) - Ruri Ripvblik - 66.00%
Isabella (Search) - Freshies - 61.00%
Teman Tapi Mesra (Ratu) - Mendua - 60.75%
Terlalu Istimewa (Adibah Noor) - Mell Sakura - 60.75%
Cinta & Benci (Geisha) - Shae - 56.25%
Ku Bahagia (Melly Goeslaw) -
Krisha - 54.50%
Peserta Tersingkir - Rm4,000 Uphamol
Senarai Peserta & Lagu Gegar Vaganza Minggu 9
Berikut merupakan senarai peserta bersama lagu yang dipersembahkan pada malam ini:
- Iskandar Ismail – Luka Seribu Rindu (Fotograf)
- Mendua – Kol Mil Gaya
- Nubhan – Bukan Lagi Kita (Nadeera)
- Freshies – Kitalah Bintang (Ella)
- Mell Sakura – Rolling In The Deep (Adele)
- Mark Adam – Rindu Serindu Rindunya (Spoon)
- Ruri Repvblik – Better Man (Robbie Williams)
- Shae – Toxic (Britney Spears)
- Krisya – Hening Rindu (Marsha Milan)
Ulasan Juri Gegar Vaganza Minggu 9
Gegar Vaganza Minggu 9 menyaksikan setiap peserta tampil dengan persembahan yang berbeza dari segi emosi, konsep dan kekuatan vokal. Berikut merupakan ulasan persembahan setiap peserta berserta komen juri dan pandangan penulis terhadap persembahan mereka pada malam ini.
Nubhan – Bukan Lagi Kita
Nubhan tampil dengan kawalan emosi yang kemas dan konsisten dari awal hingga akhir lagu. Walaupun lagu ini mencabar kerana frasa yang panjang, persembahannya berjaya menyampaikan rasa kehilangan dan kesedihan dengan baik.
Datuk Syafinaz berkata, “Lagu ini sangat susah, tak ada noktah, bersambung sambung. Pada saya persembahan hari ini energinya sampai, perasaannya sampai, vokalnya sampai. Persembahan ini sangat baik.”
Mark Adam – Rindu Serindu Rindunya
Mark Adam sekali lagi berjaya keluar dari zon selesa dengan konsep tersendiri. Persembahan ini menampilkan kematangan dan identiti yang jelas, menjadikan lagu klasik ini lebih segar.
Hetty Koes Endang memberikan pujian, “Setiap lagu kamu selalu menampilkan yang lain. Jadi konsep kamu menurut saya 100.”
Iskandar Ismail – Luka Seribu Rindu
Iskandar menunjukkan peningkatan ketara dari segi ekspresi wajah dan penceritaan lagu. Emosi yang dibawa lebih jelas dan mudah dirasai oleh penonton.
Datuk Syafinaz Selamat berkata, “Minggu ini nampak ekspresi lebih baik. Baru ada penceritaan. Anda boleh bermain dengan dinamik cuma untuk persembahan jangan sembunyi, boleh ke depan.”
Ruri Repvblik – Better Man
Ruri tampil dengan vokal rendah yang menjadi kekuatan utama persembahannya. Lagu ini sesuai dengan karakter suara maskulin yang dimilikinya, namun aspek teknikal masih boleh dipertingkatkan.
Datuk Ramli M.S mengulas, “Saya suka suara yang rendah itu sangat maskulin. Apa sahaja lagu yang kamu nyanyi, feel itu memang ada cuma kamu harus banyakkan lagi dari segi teknikal.”
Freshies – Kitalah Bintang
Freshies berani mencuba elemen rock dalam persembahan mereka. Energi kumpulan jelas kelihatan, namun dari segi penyampaian, ada beberapa aspek visual dan teknikal yang boleh diperhalusi.
Hetty Koes Endang berkata, “Ini lagu rock, anda sudah mahu mencuba itu sudah bagus, tetapi unsur rocknya lebih afdal kalau gunakan stand mic.”
Mendua – Koi Mil Gaya
Mendua tampil yakin dengan konsep dan susunan koreografi yang teratur. Walaupun lagu berentak Hindustan, keharmonian vokal duo ini tetap menjadi kekuatan utama.
Hetty Koes Endang memberikan komen, “Melihat dari konsep anda sudah masuk, koreonya juga bagus. Walaupun lagu Hindustan, harmoninya tetap ada.”
Mel Sakura – Rolling In The Deep
Mel Sakura berani menyahut cabaran lagu berintensiti tinggi ini. Persembahannya tidak mengecewakan, namun kawalan dinamika masih boleh diperkemas untuk impak yang lebih kuat.
Datuk Ramli M.S berkata, “Lagu ini kena ada groove jadi not too bad, cuma pembahagian dinamik yang ini kurang sikit.”
Shae – Toxic
Shae tampil berbeza dengan lagu berentak pop moden. Persembahannya lebih terkawal berbanding minggu sebelumnya, namun teknik vokal masih memerlukan penambahbaikan.
Datuk Ramli M.S mengulas, “Hari ini pitch kamu agak okay. Saya banyak dengar suara tekak, jadi bunyi suara itu tengik.”
Krisya – Hening Rindu
Krisya menunjukkan peningkatan dari segi struktur nyanyian dan kawalan frasa. Namun, konsistensi pitch terutama pada hujung frasa masih menjadi cabaran utama.
Datuk Syafinaz Selamat berkata, “Frasa anda lebih baik sekarang, kena jaga hujung-hujung frasa sebab kadang-kadang pitch awak drop. Nyanyi okay bila dalam satu line, tapi bila hujung tu turun pitchnya.”
Kenapa Perlu Tonton Gegar Vaganza Minggu 9?
- Persaingan semakin mencabar menjelang separuh akhir
- Pilihan lagu ikonik dan mencabar vokal
- Persembahan emosi yang menyentuh perasaan penonton
- Setiap keputusan memberi kesan besar kepada laluan peserta
FAQ
- Bila Gegar Vaganza Minggu 9 disiarkan?
- Gegar Vaganza Minggu 9 disiarkan secara langsung malam ini menerusi Astro Ria.
- Di mana boleh tonton Gegar Vaganza secara live?
- Penonton boleh menyaksikan siaran langsung di Astro Ria dan platform Astro Go.
- Adakah artikel ini akan dikemas kini selepas siaran tamat?
- Ya, artikel ini akan dikemas kini dengan keputusan rasmi dan ulasan penuh juri sebaik sahaja tamat siaran.
- Siapa peserta tersingkir Minggu 9 Gegar Vaganza?
- Krisya
