Minggu Akhir Gegar Vaganza 2025 (GV12): Senarai Tugasan Lagu & Calon Juara Malam Ini

Malam ini merupakan detik paling mendebarkan buat peminat muzik tanah air apabila konsert akhir Gegar Vaganza 2025 (GV12) bakal berlangsung. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan persembahan luar biasa sepanjang musim, enam finalis terbaik kini bersedia memberikan yang terbaik demi merebut gelaran juara.

Menurut pilihan admin, tiga peserta dilihat mempunyai peluang besar untuk muncul sebagai juara iaitu Iskandar Ismail, Nubhan dan Mendua. Namun, segalanya masih terbuka dan keputusan akhirnya terletak di tangan juri pada malam kemuncak ini.

Peserta GV12

Keputusan Akhir Gegar Vaganza 2025 (GV12)

Keputusan rasmi konsert akhir Gegar Vaganza 2025 (GV12) akan dikemaskini selepas tamat persembahan dan pengumuman oleh pihak juri serta hos pada malam kemuncak ini.

  • Juara: —
  • Naib Juara: —
  • Tempat Ketiga: —
  • Tempat Keempat: —
  • Tempat Kelima: —
  • Tempat Keenam: —

Tugasan Lagu Konsert Akhir GV12

Konsert akhir Gegar Vaganza 2025 kali ini menampilkan tiga segmen utama iaitu persembahan solo, duet bersama artis undangan, serta segmen khas GV Battle Vaganza.

Persembahan Solo & Duet Peserta

Iskandar Ismail

  • Solo: Madah Berhelah (Ziana Zain)
  • Duet bersama Jaclyn Victor: Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)

Mendua

  • Solo: Jikalau Kau Cinta (Judika)
  • Duet bersama Marsha Milan: Billie Jean (Michael Jackson)

Mark Adam

  • Solo: Feeling Good (CY Grant)
  • Duet bersama Rossa: Salahkah (Hafiz Suip & Rossa)

Mell Sakura

  • Solo: Still Into You (Paramore)
  • Duet bersama Fadly Padi: Kasih Tak Sampai (Padi)

Nubhan

  • Solo: Cuba (Faizal Tahir)
  • Duet bersama Aina Abdul: Seluruh Cinta (Siti Nurhaliza & Cakra Khan)

Ruri Repvblik

  • Solo: Hapus Aku (Nidji)
  • Duet bersama Sunu Matta Band: Ketahuan (Matta Band)

Segmen GV Battle Vaganza

Segmen paling ditunggu-tunggu malam ini pastinya GV Battle Vaganza yang menampilkan gabungan vokal dan persembahan bertenaga dari beberapa peserta.

  • Evo (Joe Flizzow & SonaOne)
    Peserta: Mendua, Ruri Repvblik, Mark Adam
  • Cerita Kedai Kopi (Malique & DJ Fuzz ft SALAM)
    Peserta: Nubhan, Iskandar Ismail, Mell Sakura

Lagu Khas Untuk Hos GV12

Konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan khas buat hos kegemaran ramai, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menerusi lagu:

  • Bukan Superstar (Project Pop)
  • Die With A Smile (Bruno Mars)

FAQ

Bilakah konsert akhir Gegar Vaganza 2025 berlangsung?
Konsert akhir GV12 berlangsung malam ini secara langsung.
Berapa segmen persembahan dalam konsert akhir GV12?
Terdapat tiga segmen utama iaitu persembahan solo, duet dan GV Battle Vaganza.
Siapa pilihan admin untuk juara GV12?
Pilihan admin ialah Iskandar Ismail, Nubhan atau Mendua.

Post Berkaitan

This Is The Newest Post