Cinta Kedua: Drama Adaptasi Novel “My Mr Blind Date” Tayang Eksklusif Di Tonton

Saksikan drama Cinta Kedua, adaptasi daripada novel popular My Mr Blind Date karya Julia Ayu yang kini menemui penonton secara eksklusif di Tonton bermula 20 April 2026.

Drama arahan Idora Abdul Rahman ini disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam dan menampilkan gandingan hebat seperti Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani.

Cinta Kedua

Info Drama

  • Judul: Cinta Kedua
  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: 20 April 2026
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 12.00 tengah malam
  • Platform: Tonton
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid, Eja Lorena, Zarihah Hassan
  • Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara / Bella Batrisyia
  • Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
  • Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
  • Syazuwan Hassan sebagai Kamal
  • Aleza Shadan sebagai Puan Hana
  • Noniswara sebagai Puan Sri Nia
  • Khalida Balqis sebagai Sakinah
  • Hanna Halim sebagai Sofea
  • Lana Nordin sebagai Datin Fiona
  • Amir Mirza sebagai Anas
  • Marc Syahmie sebagai Mikail
  • Kael sebagai Budi
  • Tisya Ong sebagai Lily
  • Khayrisyah Kemal sebagai Dian
  • Wan Ellyas sebagai Ally
  • Nik Ramly sebagai Tuan Abdullah

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Renjana
  • Penyanyi: Kechik
  • Komposer: Putera Muhammad, Herman Kamal
  • Lirik: Putera Muhammad

Sinopsis Cinta Kedua

Cinta Kedua mengisahkan Bella Ammara yang terpaksa melalui perceraian talak tiga akibat fitnah ibu mertuanya sendiri. Dalam keadaan hati yang hancur, Ammara bangkit membina semula kehidupannya.

Takdir menemukan dia dengan Daniel Rizki, lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya. Namun, hubungan mereka diuji apabila perpisahan selama dua tahun memisahkan mereka sebelum kembali dipertemukan.

Cinta yang bersemi semula membawa kepada perkahwinan, tetapi Ammara tidak mengetahui satu rahsia besar — Rizki sebenarnya sepupu kepada Afiq Adam dan merupakan ‘cina buta’ yang telah diatur untuknya.

FAQ

Bilakah drama Cinta Kedua mula ditayangkan?
Drama ini mula bersiaran pada 20 April 2026.
Di manakah boleh menonton Cinta Kedua?
Ia ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton.
Berapa jumlah episod Cinta Kedua?
Drama ini mempunyai 28 episod keseluruhan.
Siapakah pelakon utama drama ini?
Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani merupakan teraju utama.

Post Berkaitan