Drama Dorm 403 Di Slot Samarinda TV3

Sebuah lagi drama menarik bakal menghiasi kaca televisyen anda! Dorm 403 akan mula bersiaran di slot Samarinda menerusi TV3 bermula 15 April 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.

Selain itu, drama ini juga boleh distrim di aplikasi iQIYI sejam selepas siaran TV3.

Poster Drama Dorm 403

📌 Info Drama

  • Judul: Dorm 403
  • Episod: 13
  • Tarikh Tayangan: 15 April 2026
  • Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
  • Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
  • Pengarah: Raja Mukhriz
  • Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
  • Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

👥 Barisan Pelakon

  • Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
  • Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz
  • Nik Rifaie sebagai Megat
  • Zairi Aziz sebagai Sheikh
  • Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
  • Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
  • Noki sebagai Cikgu Hadid
  • Muhsin Nadzli sebagai Payan
  • Shereena sebagai Qistina
  • Adam Ikmal sebagai Abeng

📖 Sinopsis Dorm 403

Dorm 403 mengangkat kisah kehidupan para pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Seri Alami, yang dikejutkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar bernama Sheikh — anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma.

Apa yang bermula sebagai kisah biasa remaja seperti persahabatan, cinta dan konflik harian, akhirnya bertukar menjadi tragedi yang merungkai pelbagai rahsia gelap yang telah lama tersembunyi. Ketegangan demi ketegangan mula memuncak apabila tekanan dan konflik dalam kalangan pelajar semakin meruncing.

❓ FAQ

Bilakah drama Dorm 403 mula ditayangkan?
Drama ini mula ditayangkan pada 15 April 2026.
Di mana boleh menonton Dorm 403?
Anda boleh menonton di TV3 atau strim di aplikasi iQIYI sejam selepas siaran TV.
Berapakah jumlah episod Dorm 403?
Drama ini mempunyai 13 episod.

Post Berkaitan