Tonton drama bersiri 'Kasih Yang Terkorban' adaptasi daripada siri telenovela popular 'Love of My Life (Devuelveme La Vida)' yang bakal disiarkan di slot Tiara, Astro Prima bermula 13 Julai 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Kisah cinta terlarang, dendam lama, dan konflik darjat yang sangat mendalam... memang wajib masuk dalam watchlist anda!
Sinopsis Drama Kasih Yang Terkorban: Cinta, Dendam & Air Mata
Drama rantaian 60 episod ini mengisahkan tentang sebuah cinta terlarang antara seorang pewaris kaya dan anak pekerja biasa. Hubungan suci mereka akhirnya musnah berkecai disebabkan oleh jurang darjat dan ketamakan harta.
Namun, segalanya tidak berakhir di situ. Dua puluh tahun berlalu, satu demi satu rahsia silam mula terbongkar. Kemunculan semula kisah lama ini membawa bersama rahsia kehilangan anak yang selama ini disembunyikan, pengkhianatan dalam keluarga, dan dendam yang masih membara. Mampukah cinta mereka bersatu kembali, atau adakah lebih banyak jiwa yang akan menjadi korban?
Info Ringkas Drama
- Tajuk Drama: Kasih Yang Terkorban (Adaptasi telenovela Love of My Life)
- Jumlah Episod: 60 Episod
- Tarikh Tayangan: Bermula 13 Julai 2026
- Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang
- Saluran TV: Astro Prima (Saluran 105)
- Platform Penstriman: Astro GO & sooka
- Syarikat Produksi: Radius One Sdn Bhd
- Pengarah: Shahrulezad Mohameddin & Que Ari Azhari
- Penulis Skrip: Adib Zaini, Pahzai Al-Khaired, Norsyiella Annuar, Najmie Maziez, Nur Insyirah
Barisan Pelakon & Watak Kasih Yang Terkorban
Gandingan pelakon-pelakon hebat tanah air semestinya menjadi sandaran utama drama ini. Nama-nama besar seperti Fasha Sandha dan Johan As'ari pastinya akan meruntun jiwa penonton dengan lakonan mantap mereka!
- Fasha Sandha sebagai Mariana
- Johan As'ari sebagai Johari
- Josiah Hogan sebagai Dollah
- Dato Jalaludin Hassan sebagai Dato Affian
- Badron Munirah sebagai Johan
- Sharmaine Alexander sebagai Sara
- Hakimi Noordin sebagai Aiman
- Ezu Hashim sebagai Sofea
- Kuna Muzani sebagai Vanidah
- Rahhim Omar sebagai Ghani
- Pelakon Lain: Qazem Nor, Zarina Zainoordin, Alyssa Azmi
Lagu Tema / OST Kasih Yang Terkorban
Bukan drama Radius One lah kalau tak ada lagu tema yang menusuk kalbu. Untuk drama ini, paduan suara hebat daripada Amira Othman dan Hazama pastinya akan menaikkan lagi mood sedih dan dramatik setiap kali drama ini bersiaran.
- Tajuk Lagu: Bulir Darahku
- Penyanyi: Amira Othman & Hazama
- Komposer: Farouk Roman
- Lirik: Sissy Imann
Tip Penonton: Bagi anda yang tak sempat nak terpacak depan TV pukul 6 petang sebab masih dalam perjalanan balik kerja, jangan risau! Anda boleh stream drama ini secara on-demand menerusi aplikasi Astro GO atau sooka pada bila-bila masa sahaja.
Jangan lupa janji temu kita bermula 13 Julai ini okay! Sediakan tisu siap-siap sebab gandingan pengarah Shahrulezad dan Que Ari Azhari ni memang jarang mengecewakan kalau bab-bab drama air mata!
