Drama Panggil Aku Dahlia (2025) – Adaptasi Novel Noor Suraya Di TV1

Poster Drama Panggil Aku Dahlia

Drama adaptasi novel popular “Panggil Aku Dahlia” karya Noor Suraya bakal menemui penonton bermula 28 November 2025, setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 6.45 petang di TV1 dan online di RTMKlik. Menampilkan 26 episod penuh emosi dan konflik keluarga, drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan Isma Yusoof.

Gandingan utama Riena Amirah dan Razzuan Rosli menjadi tarikan utama, dibantu oleh barisan pelakon berpengalaman yang menjanjikan lakonan mantap dan penuh jiwa.

Info Panggil Aku Dahlia

  • Episod: 26
  • Tarikh Tayangan: 28 November 2025
  • Waktu Siaran: Jumaat & Ahad - 6:45 pm
  • Rangkaian: TV1
  • Idea Asal: Noor Suraya
  • Penulis Skrip: Maizura Ederis & Shida Zali
  • Pengarah: Muhamad Ismaizal Yusoof & Shuhaimi Zulkefli
  • Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd
  • Tonton online (RTMKlik)

Senarai Pelakon

  • Razzuan Rosli sebagai Wadi Hannan
  • Riena Amirah sebagai Putri Dahlia
  • Aidit Noh sebagai Farhan
  • Hazrat Muaz sebagai King Shah
  • Aleeya Farisya sebagai Tasneem
  • Eizlan Yusof sebagai Megat Qais
  • Azah Aziz sebagai Lorenda
  • Ruzaidi Abd Rahman sebagai Dato Maarof
  • Raja Azmi sebagai Datin Juhara
  • Zila Bakarin sebagai Tahara
  • Lisdawati sebagai Ustazah Munawarah
  • Lan Siro sebagai Murat
  • Putri Dellyna sebagai Sonia

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Menanti
  • Penyanyi: Iman Darwisy
  • Komposer: Ajai

Video Muzik Rasmi

Sinopsis Panggil Aku Dahlia

Kisah ini mengangkat perjalanan hidup Puteri Dahlia, satu-satunya anak kepada pemilik Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda. Tragedi memalukan yang berkaitan dengan kematian ibunya menjadikan Dahlia seorang wanita yang dingin, sukar mengekspresikan emosi dan cenderung memendam rasa.

Minatnya sebagai seorang arkeologis terpaksa dikorbankan apabila ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata untuk menguruskan syarikat keluarga yang sedang berada dalam keadaan kritikal. Lebih menyedihkan, ayahnya kini lumpuh dan berkerusi roda.

Kepulangannya membuka semula luka lama, termasuk pertemuan tidak dijangka dengan musuh ketat zaman sekolah, Wadi Hannan, anak pemilik ladang teh bersebelahan. Tanpa disangka, Wadi sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dahlia. Dalam masa yang sama, kepulangannya turut membongkar misteri sebenar di sebalik kematian ibunya.

Kenapa Perlu Tonton

  • Adaptasi daripada novel terkenal Noor Suraya yang sememangnya mempunyai peminat tersendiri.
  • Drama berlatar suasana ladang teh yang memberi visual segar dan romantik.
  • Konflik keluarga, cinta lama, dan misteri kematian menjadikan jalan ceritanya penuh emosi.
  • Gandingan Riena Amirah & Razzuan Rosli dijangka mencipta chemistry baharu yang menarik.
  • Lakonan mantap daripada pelakon senior seperti Eizlan Yusof, Zila Bakarin dan Lisdawati menaikkan kualiti keseluruhan drama.

Post Berkaitan