Gegar Vaganza 12 (GV12) Minggu 5: Iskandar Teratas, Semua Mara Minggu Depan

Sherry dan Nabil di Minggu 5 GV12

Gegar Vaganza 12 terus menghangatkan pentas apabila konsert minggu kelima pada malam Ahad lalu menyaksikan semua 11 peserta berjaya melayakkan diri ke minggu keenam tanpa sebarang penyingkiran. Dengan tema RNR (Rare & Random), pentas GV12 minggu ini benar-benar mencabar kreativiti dan kemampuan vokal setiap bintang.

Paling mencuri perhatian sudah tentu Iskandar Ismail, yang sekali lagi mengekalkan momentum luar biasanya apabila meraih tempat pertama untuk dua minggu berturut-turut dengan markah keseluruhan 74.50%. Persembahan energiknya menerusi lagu Kelentang-Kelentong berjaya menambat hati juri sehingga mendapat pujian luar biasa daripada Hetty Koes Endang yang turut menyifatkan Iskandar sebagai layak ke pentas final.

Di kedudukan dua paling bawah pula, Shae dan Rahmat Ekamatra masing-masing mengumpul 59.50% dan 56.00%. Walaupun Rahmat berada di tempat terakhir, beliau tetap terselamat kerana tiada penyingkiran diumumkan minggu ini.

Sofa Gegar Vaganza Live+

Memberi kupasan ringkas, reaksi spontan dan pandangan juri tentang persembahan peserta minggu ini.

Recap & Ulasan Juri Minggu 5 GV12

Pemenang Ikon Semangat No.1 CelcomDigi sekali lagi Mark Adam untuk kali 5 berturut.

Mark Adam dengan pakaian tema persembahan

1. Iskandar Ismail – Kelentang Kelentong

Hetty Koes Endang:

“Interaksi bagus dan vokal kamu juga stabil. Menurut Bunda, persembahan kamu bagus malam ini. Cuma jangan cepat puas sebab perjalanan masih panjang. Pada Bunda, kamu sangat layak untuk ke final.”
Iskandar dengan gaya tersendiri

2. Mendua – P.U.S.P.A

Dato' Ramli M.S:

“Pungky, kamu ada jiwa yang bagus dan ceria cuma satu saja, kenapa sumbang ya? Sebab kalau jelas lagi cantik persembahan kamu. Tapi tak mengapa ini semua adalah ‘human error’. Harmoni kamu cantik tapi adalah yang kurang sikit cuma kalau boleh saya nak lihat kamu bernyanyi luar genre kamu.”
Mendua tersenyum mendengar komen Tok Ram

3. Nubhan – It’s Gonna Be Me

Datuk Syafinaz Selamat:

“Awak antara peserta yang mempunyai konsep. Saya nampak awak hari ini terlalu fokus kepada tarian sampaikan macam takut salah step. Itu membuatkan pitching awak tak stabil sikit.”
Nubhan dengan lagu It’s Gonna Be Me

4. Korie – Malam Pesta Muda Mudi

Datuk Syafinaz Selamat:

“Malam ni sebenarnya nak cabar kelainan buat para peserta dan kami bukan hanya nak nilai suara tapi nak nilai apa yang anda boleh berikan kepada kami menyanyikan lagu yang bukan makanan kalian. Saya okay dan puas hati dengan keterbukaan Korie untuk mencuba. Malu ada tapi dah hilang sikit. Saya fikir Korie akan duduk di tepi saja tapi dia ada juga menari jadi saya perlu berikan kredit dan hargai usaha itu.”
Korie dengan gaya Elvis Presley

5. Rury Repvblik – Madu Tiga

Hetty Koes Endang:

“Lagu ini lagu komedi jadi seharusnya kamu kena lebih memainkan karakter tetapi secara keseluruhannya persembahan kamu okay pada malam ini.”
Ruri dengan penari-penari lagu Madu 3

6. Freshies – Joget Toleh Menoleh

Hetty Koes Endang:

“Bila duet atau trio, lain penilaiannya jadi kena hati-hati sebab ada bahagian yang flat. Moga-moga minggu depan kalian boleh lebih bagus daripada malam ini.”
Freshies menari tarian Melayu

7. Mark Adam – Awallah Dondang

Datuk Syafinaz Selamat:

“Saya suka, nampak kesungguhan daripada Mark walaupun tarian itu mungkin sedikit keras. Saya suka usaha awak yang beria dengan pakaian, menghafal lagu dan sedaya upaya setiap minggu. Cuma untuk lagu melayu mungkin kena lebih lembutkan suara.”
Mark Adam dengan busana Melayu

8. Krisya – Dag Dig Dug

Dato' Ramli M.S:

“Di bahagian depan, saya kurang rasa elemen dangdut itu. Tapi tak apa sebab pada saya awak dah cuba yang terbaik.”
Tok Ram komen Krisya

9. Mell Sakura – Robek Hatiku

Dato' Ramli M.S:

“Kalau nilai dari genre asal dia yang beralih pula nak menyanyikan dangdut, okay. Cuma, kena ingat kalau dapat lagu luar daripada genre kamu jangan ambil sambalewa. Kalau nak kira dari segi apa yang saya nak mungkin memang susah nak dapat tapi bila kamu mencuba dan berjaya buat, saya rasa bagus.”
Bunda Hetty beri komen Mell Sakura

10. Shae – Sakitnya Tuh Di Sini

Datuk Syafinaz Selamat:

“Ada sedikit masalah intonasi di sana sini. Pernafasan juga kena jaga-jaga dan lain kali hati-hati juga dengan pitching. Ada juga bahagian yang sengau jadi kena selalu periksa okay?”
Shae dengan gaya Puteri

11. Rahmat Ekamatra – Semuanya Sudah Terlambat

Hetty Koes Endang:

“Lagu ini sebenarnya mendayu, verse satu dan dua kamu bagus cuma kena hati-hati sebab part chorus sedikit goyang. Ada juga beberapa bahagian yang sedikit flat. Kamu kena hati-hati sebab ini adalah pertandingan.”
Rahmat tetap dengan gaya steady

Segmen Ada Lagu Ada Lagi

Minggu hadapan tema 'Metafora', dengan lagu-lagu yang berkias. Hos dapat lagu Oolalla Tropika dari Francissca Peter.

Keputusan Minggu 5 GV12

Peratus markah dan lagu untuk minggu depan.
  1. Iskandar Ismail - 74.50% - Anugerah Adabi, Ada Beats RM5,000
    Ajari Aku - Anuar Zain
  2. Mendua - 67.25%
    Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
  3. Nubhan - 67.25%
    Aladin - Spider
  4. Korie - 66.25%
    Belum Siap Kehilangan - Steven Pasaribu
  5. Ruri Repvblik - 65.25%
    Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays
  6. Freshies - 65.00%
    Pelita ku - Zur Eda
  7. Mark Adam - 64.50%
    Putri Iklan - ST12
  8. Krisya - 63.75%
    How Could An Angel Break My Heart - Toni Braxton
  9. Mell Sakura - 63.50%
    Lagu Rindu - Siti Nurhaliza
  10. Shae - 59.50%
    Melompat Lebih Tinggi - Sheila On 7
  11. Rahmat Ekamatra - 56.00%
    Untuk Sayang - Febians

Penutup

Minggu kelima GV12 membuktikan bahawa persaingan semakin sengit dan setiap peserta perlu tampil lebih berani, kreatif serta konsisten. Dengan tiada penyingkiran minggu ini, kesemua bintang masih berpeluang membuktikan kemampuan mereka di minggu keenam. Siapakah yang bakal terus mendominasi, dan siapa pula yang akan bangkit mengejutkan peminat? Sama-sama kita nantikan!

Post Berkaitan