Keputusan Minggu 6 Gegar Vaganza 2025 — Korie Tersingkir, Nubhan Pertama

Korie tersingkir di minggu 6 Gegar Vaganza

Gegar Vaganza 2025 minggu 6
berlangsung dengan penuh emosi dan kejutan. Keputusan ini diperolehi selepas Segmen "Ada Lagu Ada Lagi" sebentar tadi.

Lagu pembukaan hos Nabil dan Sherry minggu depan

  • Picture of You — Boyzone
  • Stop — Spice Girls

Kedudukan dan Markah Peserta Minggu 6 GV

Berikut kedudukan, markah dan senarai lagu yang akan dipersembahkan minggu hadapan dengan tema MixTape. Markah sebenar akan dikemas kini apabila diumumkan. 

  1. Nubhan — 74.00%
    Niat Hati Tak Nak Berpisah — Arrow
    Anugerah Minggu Ini: Anugerah Adabi & Ada Beats RM5,000
  2. Krisya — 73.00%
    Sembilu — Ella
  3. Mendua — 72.50%
    Bila Resah — Anuar Zain
  4. Ruri Repvblik — 65.50%
    Jangan Ada Dusta Di Antara Kita — Broery Marantika & Dewi Yull
  5. Freshies — 65.25%
    Because You Loved Me — Celine Dion
  6. Mark Adam — 65.25%
    Mambo No. 5 — Lou Bega
  7. Iskandar Ismail — 64.75%
    Hanya Segenggam Setia — Rahmat Ekamatra
  8. Shae — 63.75%
    Uninvited — Alanis Morissette
  9. Mell Sakura — 62.50%
    Satu Detik — Ziana Zain
  10. Rahmat Ekamatra — 60.00%
    Hakikat Sebuah Cinta — Iklim

Peserta Tersingkir

Korie (58.50% markah) dengan lagu Belum Siap Kehilangan diumumkan tersingkir pada Minggu 6. Difahamkan beliau kurang sihat (demam) semasa persembahan tadi. Terima kasih atas usaha dan dedikasi beliau sepanjang saingan.

    Highlight Persembahan

    Ulasan Persembahan Peserta

    Nubhan – Aladin

    Menunjukkan keberanian mencuba gaya berbeza dan mendapat pujian kerana nada vokal yang sedap dan bertenaga.

    "Sebagai peserta GV, kamu harus all around. Saya rasa kamu telah mencuba semua perkara lain dari yang lain dan itu adalah satu point untuk kamu.  Saya suka nada kamu. Nubhan geprek." - Hetty Koes Endang

    Nubhan

    Krisya – How Could An Angel Break My Heart

    Persembahan paling kemas minggu ini; vokal terkawal dan peningkatan ketara.

    "Saya paling suka persembahan awak minggu ini, sangat terkawal. Tak perlu nak puji lebih-lebih. Minggu ini kamu telah banyak meningkat." - Ramli M.S

    Krisya

    Mendua – Seindah Biasa

    Gabungan vokal trio ini sangat harmoni dan lebih dihargai berbanding minggu sebelumnya.

    "Ada perkara yang saya tak beri kredit pada kamu pada minggu sebelum ini. Setiap orang dari kamu memiliki suara yang sangat sedap. Apabila suara kamu digabungkan memang harmoni." - Syafinaz Selamat

    Mendua

    Ruri Repvblik – Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

    Nyanyian jelas dan tepat nota. Konsisten memahami kehendak GV dan terus menunjukkan peningkatan.

    "Perjuangan tiada yang mudah tetapi inilah namanya pertandingan. Kamu selalu meneliti setiap note nyanyian. Kamu lulus, note kamu jelas. Saya suka. Setiap minggu kamu memang memahami suara yang akan dinilai dahulu di GV. Sukses buat kamu." - Hetty Koes Endang

    Ruri

    Freshies – Pelitaku

    Kerjasama dan disiplin kumpulan terserlah. Mereka berjaya memahami dinamika moden yang baru dicuba.

    "Saya boleh lihat kamu sangat berkerja keras dan itu adalah perkara yang bagus. Kamu belajar dinamik kumpulan itu. Ini adalah perkara moden yang tak pernah buat tetapi kamu telah bersungguh-sungguh demi persembahan malam ini." - Ramli M.S

    Freshies

    Mark Adam – Putri Iklan

    Semangat tinggi, genre sesuai dengannya. Namun ada masalah sedikit pada korus dan ketepatan nada.

    "Semangat berjuang kamu memang bagus. Ia semestinya modal yang bagus untuk setiap peserta. Ini memang genre kamu cumanya ada bahagian korus yang kamu sedikit terggangu. Nada kamu sedikit lari. Malam ini kamu kurang tembak namun kamu masih baik-baik sahaja." - Hetty Koes Endang

    Mark Adam

    Iskandar Ismail – Ajari Aku

    Vokal sedap tetapi mengambil masa untuk "panas". Perlu masuk dengan lebih yakin sejak awal lagu.

    "Saya tahu saya suka suara kamu tetapi saya rasa kamu ambil masa untuk memanaskan. Saya tak pasti sama ada kamu gementar atau kamu lambat masuk gear. Sepatutnya dari awal lagi kamu kena masuk. Saya rasa kamu sedang menahan diri. Kamu perlu praktis lagi lelangit lembut."  - Syafinaz Selamat

    Iskandar Ismail

    Shae – Melompat Lebih Tinggi

    Berjaya kawal intonasi lebih baik berbanding sebelum ini tetapi juri masih suka suara asalnya.

    "Memang rentak kamu begitu. Pertama kali saya dengar suara kamu tiada key. Hari ini kamu berjaya mengawal bunyi yang tidak sepatutnya. Namun, saya lagi suka suara asli kamu." - Ramli M.S

    Shae

    Mell Sakura – Lagu Rindu

    Lagu mencabar tetapi dia mengendalikannya dengan baik. Persembahan tenang dan vokal stabil.

    "Pada awalnya bila saya tahu kamu ingin bawa lagu ini, saya terfikir bolehkah kamu membawanya. Namun selepas melihat awak naiki tandu, saya tahu kamu pasti boleh melakukan. Lagu ini memang mempunyai tahap kesulitan yang tinggi kerana kamu perlu menjaga nafas dengan baik. GV akan menilai suara kamu. Bagaimanapun, persembahan kamu malam ini aman." - Hetty Koes Endang

    Mell Sakura

    Rahmat Ekamatra – Untukmu Sayang

    Ada aura dan identiti kuat, namun juri mahukan lebih kelainan supaya tidak kelihatan berulang.

    "Awak memang ada penampilan dan aura kapak di mana peminat awak akan terus suka. Cumanya, ini adalah GV, saya inginkan kelainan setiap minggu. Kalau awak berikan saya perkara yang sama, lama-kelamaan saya sudah bosan. Bukan saya nak kata suara awak tak sedap, malah persembahan awak pun telah meningkat dari sebelum ini." - Syafinaz Selamat

    Rahmat

    Korie – Belum Siap Kehilangan

    Penghayatan bagus tetapi masalah pada lirik hilang dan kawalan pernafasan. Kesihatan bukan alasan.

    "Saya tak tahu kamu lirik salah atau kamu telan lirik. Tak terdengar perkataan 'mu'. Saya tiada masalah dengan penghayatan kamu cuma kamu kena kawal pernafasan dan melodi. Demam bukan alasan." - Ramli M.S

    Korie

    Kesimpulan

    Walaupun setiap peserta tampil dengan cabaran serta kekuatan tersendiri pada minggu keenam ini, jelas sekali persaingan di pentas Gegar Vaganza 2025 semakin sengit. Ulasan juri menampilkan pelbagai teguran membina, daripada kawalan vokal, penghayatan, hingga ke keberanian mencuba genre baharu. 

    Semuanya menjadi kayu ukur penting menjelang minggu-minggu terakhir yang pastinya lebih mencabar. Apa juga keputusan dan perjalanan mereka selepas ini, satu perkara pasti — pentas GV terus menguji, menggilap serta menonjolkan bakat sebenar setiap bintang yang bertanding. 

    Admin dan peminat GV, kita teruskan menyokong dan nantikan pula kejutan minggu hadapan.

    Post Berkaitan