Drama Di Sebalik Jubah merupakan Tonton Original Series terbaharu yang bakal mencuri perhatian penonton dengan gandingan lakonan Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz. Drama ini akan mula ditayangkan bermula 22 Januari 2026, bersiaran setiap Isnin dan Khamis secara eksklusif di platform penstriman Tonton, menampilkan jalan cerita penuh misteri, konflik emosi dan rahsia yang tersimpan di sebalik imej kesucian.
Diarahkan oleh Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous Films, drama ini mengangkat naratif berat yang menyentuh isu kepercayaan, penipuan serta sisi gelap manusia yang sering tersembunyi di balik penampilan luaran. Penonton boleh menstrim drama ini melalui laman rasmi tonton.com.my atau aplikasi Tonton.
Info Drama Di Sebalik Jubah
Episod: Akan dikemas kiniTarikh Tayangan: 22 Januari 2026
Hari Siaran: Isnin & Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Anomalous Films
Senarai Pelakon & Watak
- Daiyan Trisha sebagai Amina
- Azira Shafinaz sebagai Layla
- Nafiz Muaz sebagai Rashid
- Nadiya Nisaa
- Melissa Campbell
- Susan Lankester
- Nadia Aqilah
- Sahronizam Noor
- Sherie Merlis
- Puteri Rayyana Rayqa
- Douglas Wong
Lagu Tema (OST)
Daiyan Trisha – Sang PenipuSinopsis Di Sebalik Jubah
Layla dan Amina ialah dua beradik yang terkenal sebagai influencer Muslimah yang kononnya baik hati dan rajin buat kerja amal. Ramai orang kagum dan percaya pada mereka. Tapi di sebalik imej suci tu, sebenarnya sebahagian besar duit derma digunakan untuk hidup mewah sendiri.
Rashid, seorang dermawan muda, mula sokong dan percaya pada misi mereka. Namun dia mula rasa pelik bila projek kebajikan yang dijanjikan rupanya tak wujud. Dengan bantuan Lina, seorang intern, dan Nik, seorang penyiasat persendirian, satu demi satu rahsia mula terbongkar.
Bila orang ramai mula syak, Amina dihantui rasa bersalah dan nak mengaku. Tapi Layla pula sanggup buat apa saja untuk kekalkan kuasa — termasuk manipulasi adiknya sendiri. Lina akhirnya bongkar kebenaran, mencetuskan kecoh besar.
Akhirnya, Amina tampil mengaku kesalahan, manakala Layla ditangkap ketika cuba melarikan diri. Amina cuba menebus kesilapan, dan nasib Layla pula ditentukan oleh undang-undang.
Video Trailer
FAQ
- Bilakah drama Di Sebalik Jubah mula ditayangkan?
- Drama Di Sebalik Jubah mula ditayangkan pada 22 Januari 2026.
- Di manakah drama Di Sebalik Jubah boleh ditonton?
- Drama ini boleh ditonton secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui laman web dan aplikasi rasmi.
- Siapakah pelakon utama drama Di Sebalik Jubah?
- Pelakon utama drama ini ialah Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz.
- Apakah genre drama Di Sebalik Jubah?
- Drama ini bergenre drama misteri dan konflik emosi yang sarat dengan elemen rahsia serta penipuan.
