Keputusan & Ulasan Gegar Vaganza 2025 Minggu 7: Tema ‘MixTape’, Senarai Lagu & Markah Peserta

Konsert Gegar Vaganza 2025 Minggu 7 (GV) malam ini tampil dengan kelainan tersendiri apabila para peserta dicabar mempersembahkan lagu berkonsepkan tema ‘MixTape’, seperti yang diumumkan oleh Nabil Ahmad pada minggu lalu. 

Tema ini bukan sekadar hiburan, malah menguji kreativiti, emosi dan keupayaan peserta menggabungkan elemen nostalgia dengan interpretasi moden di pentas Gegar Vaganza. Minggu ini menyaksikan persaingan semakin sengit apabila setiap persembahan dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional.

Nabil dan Sherry

Apakah maksud tema ‘MixTape’?

Secara ringkas, mixtape merujuk kepada kompilasi lagu-lagu pilihan yang mempunyai nilai sentimental, mesej tertentu atau kesinambungan emosi. Dalam konteks Gegar Vaganza, tema ‘MixTape’ memberi kebebasan kepada peserta untuk menyampaikan lagu yang dekat di hati, pernah popular satu ketika dahulu, atau mempunyai makna peribadi yang kuat, seolah-olah sebuah “playlist kenangan” yang dipersembahkan secara langsung di pentas.

Tema Minggu Depan Gegar Vaganza 2025: ‘Fun Fair Tok Ram’

Selepas malam penuh emosi dan variasi muzik menerusi tema ‘MixTape’, Gegar Vaganza 2025 bakal kembali minggu hadapan dengan tema yang lebih santai dan menghiburkan iaitu ‘Fun Fair Tok Ram’. Tema ini dijangka memberi ruang kepada peserta untuk tampil lebih bersahaja, ceria serta berinteraksi lebih rapat dengan penonton, seiring konsep karnival rakyat yang dekat dengan budaya tempatan.

Keputusan GV Minggu 7 - Kedudukan, Markah Peserta dan Lagu Minggu Depan

  1. Mendua - 74.00% - Anugerah ADABI, ada BEATS Rm5,000
    Nessun Dorma - Luciano Pavarotti
  2. Mark Adam - 69.50%
    Cari Tapak - Senario
  3. Nubhan - 69.00%
    Cicak - Cikgu Naim
  4. Iskandar Ismail - 66.50%
    Golimar - S. P. Balasubrahmanyam
  5. Shae - 65.50%
    Stecu Stecu - Faris Adam
  6. Krisya - 64.25%
    Makan - Jalil Hamid
  7. Ruri Repvblik - 63.72%
    La Obe - Kassim Selamat & The Swallows
  8. Mell Sakura - 60.75%
    Calcuta (Taxi Taxi Taxi) - Dr. Bombay
  9. Freshies - 59.75%
    Tupai - Halim Yazid
  10. Rahmat Ekamatra - 59.50% - Tersingkir
    Rm4,000 Penghargaan dari Uphamol

Lagu untuk hos minggu depan
Nabil Ahmad - Cinta Itu - Alleycats
Sherry Alhadad - Aku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay

Ulasan Persembahan Peserta GV

Ruri Repvblik – Jangan Ada Dusta Di Antara Kita — Broery Marantika & Dewi Yull

tampil dengan gaya lebih muda dan segar, namun masih perlu memberi perhatian kepada aspek teknikal serta susunan persembahan. Admin melihat peningkatan berbanding minggu lalu, tetapi komunikasi dengan elemen sokongan di pentas boleh dimanfaatkan dengan lebih baik untuk impak maksimum.

Ruri Repvblik

Mell Sakura - Satu Detik — Ziana Zain

Menunjukkan kawalan pentas yang baik, namun lagu berkarakter ‘manja’ seperti ini menuntut lebih variasi emosi dan pergerakan. Vokal sedikit terganggu ketika banyak bergerak, namun dari segi blocking dan persembahan visual, ia antara yang kemas malam ini.

Mell Sakura

Krisya – Sembilu — Ella

Masih mengekalkan persembahan yang tersusun dan stabil. Walaupun kelihatan berdepan kekangan tertentu, persembahannya tetap kemas dan beremosi. Admin bersetuju bahawa hubungan visual dengan penonton boleh dipertingkatkan, namun kualiti nyanyian tetap menjadi kekuatan utamanya.

Krisya

Freshies - Because You Loved Me — Celine Dion

Menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan, namun masih perlu belajar memanfaatkan pasangan di pentas agar persembahan lebih hidup. Elemen emosi dan interaksi menjadi kunci untuk mereka melangkah lebih jauh selepas ini.

Freshies

Iskandar Ismail - Hanya Segenggam Setia — Rahmat Ekamatra

Antara peserta yang menyerlah minggu ini. Persembahan yang bersifat bercerita dengan tona suara yang unik menjadikan nyanyiannya mudah dinikmati. Walaupun ada aspek teknikal kecil yang boleh diperbaiki, keseluruhan persembahan dilihat matang dan meyakinkan.

Iskandar Ismail

Rahmat Ekamatra - Hakikat Sebuah Cinta — Iklim

Pula memperlihatkan usaha dan peningkatan ketara. Namun, dalam pertandingan seperti Gegar Vaganza, konsistensi dan keberanian mencuba sesuatu yang lebih luar jangka amat penting. Malam ini belum cukup untuk menyelamatkannya daripada penyingkiran.

Rahmat Ekamatra

Mark Adam - Mambo No. 5 — Lou Bega

Akhirnya tampil dengan persembahan yang lebih menghiburkan dan ‘hidup’. Elemen fun dan keyakinan jelas membantu menaikkan markahnya, menjadikan persembahan ini antara yang paling menceriakan pentas GV minggu ini.

Mark Adam

Shae - Uninvited — Alanis Morissette

Masih kekal dengan gaya nyanyian berkarakter, namun admin bersetuju bahawa suara asli beliau sebenarnya mempunyai potensi besar. Jika Shae lebih berani menonjolkan warna vokal sebenar, persembahan akan terasa lebih dekat di hati penonton.

Shae

Nubhan – Niat Hati Tak Nak Berpisah — Arrow

Sekali lagi membuktikan kekuatan emosi sebagai senjata utama. Persembahan yang bersahaja tetapi jujur ini berjaya menyentuh perasaan, seolah-olah penonton dibawa menyelami kisah yang diceritakan melalui lagu.

Nubhan

Mendua – Bila Resah — Anuar Zain

Muncul sebagai peserta terbaik minggu ini dengan persembahan yang seimbang dari segi vokal, emosi dan penyampaian. Walaupun tiada momen berlebihan, konsistensi dan kematangan persembahan jelas menjadi faktor kemenangan mereka.

Mendua

Penutup

Konsert Gegar Vaganza 2025 Minggu 7 membuktikan bahawa tema ‘MixTape’ berjaya menampilkan kepelbagaian emosi dan gaya persembahan. Dengan penyingkiran Rahmat Ekamatra, persaingan kini semakin sengit dan setiap peserta perlu tampil lebih berani serta kreatif menjelang tema ‘Fun Fair Tok Ram’ minggu hadapan.

Segala keputusan dan markah rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja konsert tamat. Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan terkini Gegar Vaganza 2025 hanya di InfoBergetar.

Post Berkaitan